Install drivers for Wifi usb adapters Trendnet TEW-624UB, TP-Link WN821N, Asus n13, Edimax etc based on rtl8192cu wireless chipset on linux.

To anyone have wifi connection problem using this tplink wifi adapter on their ubuntu os. Here is one fix that you need to do, and gonna make your wifi adapter strong again!

Source: Install drivers for Wifi usb adapters Trendnet TEW-624UB, TP-Link WN821N, Asus n13, Edimax etc based on rtl8192cu wireless chipset on linux.

HUKUM MINUM BERDIRI

Melayu Sejati, Islam di Hati

Masyarakat Islam di Malaysia terlalu memandang negatif terhadap amalan minum berdiri, terutama dari golongan yang minat dan cenderung terhadap agama. Kekurangan pengetahuan tentang fakta agama yang tepat membuatkan mereka bersikap agak rigid dalam sesuatu isu agama termasuk dalam isu minum berdiri. Untuk mengetahui hakikat sebenar berkenaan hukum minum berdiri, perlu melihat dari sudut nas, amalan para salaf dan pandangan para ulama di dalam mentafsirkan nas-nas yang dimaksudkan.

Secara ringkas ulama berselisih pendapat terhadap hukum minum berdiri kerana terdapat beberapa hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai minum berdiri yang kelihatan pada zahirnya bertentangan. Berikut adalah nas-nas yang berkaitan dengan minum berdiri:

HADITH LARANGAN MINUM BERDIRI

أنس بن مالك – رضي الله عنه: أن النبي – صلى الله عليه وسلم -: “نهى أن يشرب الرجل قائمًا”؛ رواه مسلم
Maksudnya: Saidina Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang lelaki minum berdiri. (Hadith riwayat Imam…

View original post 1,395 more words

al-fatihah

Al – Fatihah.
To Arwah Saiful Aizat.
One of my closest friend till now.
Arwah telah dikebumikan, kelmarin, 11 Jan 2015.
Arwah meninggal dunia atas sebab kemalangan kereta. Keretanya terbalik. Dia dan sepupunya meninggal dunia . Allah hu.
Last meetup aku dengan arwah adalah pada last year. Di rumah Fatihah, Alhamdulillah masih kuat lagi dalam ingatan memori aku bersama arwah.
Sekarang arwah sudah pergi,
kita doakan dia tergolong dalam orang orang yang baik.
insyaAllah.
Alfatihah.

2/3 = ?

unexpected.
itulah definisi mati. DSC_0148last aku jumpa, may 2014. saje temankan didi panjat broga for the first time. tak sangka pulak itu last meetup. dumbstruck sekejap, bila call dia tadi, police officer yg jawabkan. dalam hati mati mati tak nak percaya member aku eksiden. tapi nada polis tu aku dah dapat cam berita buruk.

aku drive dari melaka nk ke bangi, dengan harapan dalam hati semuanya akan baik baik saja. biarlah eksiden, janji selamat. tapi dalam hati dah tak sedap, tak sampai 1/4 perjalanan pun, aku da stop kt RnR pedas. check phone, check apa latest update.

ada forwarded msg, yg kata arwah dah pegi dah. confirm. al-fatihah. memang aku stop lama gak la dekat pedas tu. terkial2.

yg aku boleh lakukan sekarang ni, sedekahkan bacaan yassin. doakan si arwah. moga ditempatkan di tempat yg baik. insha Allah esok aku akan datang jumpa kau pul utk last time.

View original post

Kaedah Ruqyah – kaedah melawan dan menangani sihir, syaitan, iblis

Albangi's Blog

Di dalam perubatan Islam, terdapat ilmu diajar oleh Nabi s.aw. melalui sunnahnya (perbuatan, perkataan, cara hidupnya) dan kaedah yang diperkenalkan oleh para ulamak muktabar. Salah satu kaedahnya ialah Ruqyah iaitu koleksi ayat-ayat yang dikumpulkan bagi menangani masalah sihir dan gangguan Jin.

Ini adalah bacaan Ruqyah

http://www.youtube.com/watch?v=q4gtrIAaTTs

Jin dan Manusia adalah makhluk Allah. Allah berfirman: “Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku”. Surah Az-Zariat

Seperti mana manusia yang ada pelbagai etnik, bangsa, dan keturunan Jin juga mempunyai etnik, bangsa dan keturunan. Antaranya ialah Ifrit, Iblis dan Syaitan yang dijadikan daripada (hujung api).  Malaikat juga adalah suatu jenis makhluk yang dijadikan daripada cahaya serta maksum dan taat kepada Allah SWT.

Orang Melayu menamakan Jin dengan pelbagai nama seperti orang bunian, jembalang tanah, toyol, jembalang air, langsuer dan hantu serta berbagai nama lagi yang mana semuanya adalah makhluk yang Allah sebut di dalam Al Quran sebagai Jin.

Salah…

View original post 1,192 more words

New Media Design – Final Year Project.

Semester ini, masuk second last semester aku di USM. Dah masuk final year dah, dan salah satu project yang semua orang nanti – nantikan adalah, final year project (fyp) tahun 3 pusat pengajian seni usm. hohooo.

Ya, semua pelajar seni usm, ada fyp mereka masing – masing kena handle, dan aku punya…hmm..what about aku punya fyp?

So here I start.

Aku punya FYP dah proceed oleh supervisor aku. Fyp aku punya project issue is based on children cerebral palsy, dan based on research Prof Ghouse about Music and movement therapy for children with cerebral palsy. Prof Ghouse is a theater lecturer in usm school of arts, dan dalam project research dia, dia gunakan alat muzik tradisional melayu iaitu gamelan, untuk membantu kanak kanak dengan cerebral palsy (CP) ini.

That is about the issue i take so that my project is a littlebit easier sebab dah ada issue yang agak kuat. Jadi sekarang, apa yang aku akan buat adalah; dengan menggunakan alat muzik tradisional melayu iaitu Gamelan, ia boleh mengawal pergerakan animasi sesuatu karakter wayang kulit . Basicly, its a Live Audio Control Animation.

Aku hendak buat interaction / game interaction / live interaction/ wayang kulit computer interaction dengan menggunakan penghasilan audio yang terhasil daripada alat muzik yang dimainkan. Sekarang, aku masih lagi dalam proses research, dan experimenting few stuffs, dan aku dah start sikit sikit buat sketch untuk perubahan karekter wayang kulit daripada rupa wayang kulit yang lama tu ke lebih child-friendly, but still memegang ciri – ciri sesuatu karekter itu.

Jadi itu lah, aku harap aku akan temui sesuatu untuk projek aku berjaya.

sketches 2

bila steam sale lebih berbaloi dari beli pirate punya game – bagi diri sendiri ini.

Aku suka main game, tapi tak pernah semua game yang aku ada akan habis dimainkan.

Hanya akan ada beberapa game yang terpilih sahaja yang akan dimainkan sampai habis gamenya.

Kepada orang yang meng-download pirate game. Sekali sekala, beli lah game juga.

Aku juga salah seorang yang meng-download game pirate, dan aku juga orang yang suka beli game ori ni, tapi pada time ia SALE SAHAJA!

😀

Baru – baru ni , ada sale besar oleh 2K, dan ada beberapa game famous yang biasanya harganya kalau dalam US memang tak mampu nak dapat satu, tapi sekarang sale nya, sangatlah berbaloi .

CaptureKalau nak ditengokkan game Borderlands 2 GOTY ni, harga asalnya kalau ORI 39.99 DOLAR, dan sekarang 10 DOLAR AMAREKA.

Untuk orang macam aku, aku akan cari yang paling berbaloi sekali dalam semua.

Kalau ditengokkan Bioshok Triple pack tu, kita dapat 3 game sekali gus. Especially Bioshock yang latest dengan harga bundle. Harga sale tiga game tu lebih kurang RM32.32. Kalau kau beli game pirate dekat kedai, yang standardnya harga untuk SATU DVD adalah RM 10. Kalau tak silap Bioshock infinite tak kurang pun 2DVD = RM20 , Bioshock 1 = 2DVD = RM20 BIOSHOCK 2 = 2DVD = RM20 TOTAL = RM60.

dan daripada hasil pembelian dvd pirate game tersebut , anda dapat juga lah bermain, tapi sampai bila anda boleh simpan game ini? haaa. Ini pula kelebihan yang ada pada steam. Bila kita beli game kat steam, sampai kita tiada dalam dunia ni pun, game ni masih ada lagi dalam library steam kita.

Akan datang, Friends and Family Sharing pun boleh di akses, dan sesiapa yang ada akses kepada game sesiapa, dapat bermain dengan percuma,k, sebab kita share sesama.

2

Aku cakap je banyak, tapi sebenarnya, aku tak beli pon, sebab tak da rezeki lah katakan🙂

Walau apa pun, game on and enjoy your life.

Jangan lupa solat sudah.😄