Tajuk diatas, agak…’malaysia’ ya disitu.
wokey.
Pernah dengar pasal Gnome3? Tak pernah? Gnome3 ni macam ‘baju’ yang advance yang di pakaikan pada sistem linux anda, seperti Ubuntu.
Pernah dengar Penlanjutan/Lanjutan?(ini adalah hasil daripada direct translation oleh translate.google.com) What I want to say is, “My favourite Gnome 3 Extension”
Senarai Extension yang ku gemari, dan aku rasa korang patut install juga.(semua extensio ni boleh di install dengan mudah dari https://extensions.gnome.org)
1.Alternative Status Menu
Extension simple ni, akan bagi pilihan antara Power Off dan Suspend. (Kalau default, anda perlu tekan SHIFT untuk keluarkan SUSPEND dari Power Off)
2. Dash and Overview Click Fix.
Ini dia fix sesuatu yang aku sendiri tak dapat tahu mana satu, tapi dia smoothkan lagi work flow window management.
3. Dash to Dock
Keluarkan Dock yang sembunyi dalam Dash.
4. Drop Down Terminal
Salah satu favourite , sebab mencepatkan perjalanan command coding aku dalam desktop ni. Tekan ‘~’, dan dia akan keluar dari atas, dan boleh terus taip.
5. Impatience
Melajukan animation gnome-shell
6. Light Overview
Ini akan buat Dash hanya ada Overview window di tengah dan Workspace di sebelah kanan. Tiada Dash.
7. Media Player Inicator.
Anda boleh navigate media/music player yang sedang dimainkan hanya dari Sound Notification di atas sebelah kanan.
8. Messaging Menu
Letak semua aplikasin email/twitter/chat dalam satu tempat. Berada di atas sebelah kanan.
9. Quick Close in Overview.
Bila dalam Overview Mode. Hanya tekan MIDDLE CLICK untuk tutup window yang telah dibuka.
10. Remove Accessibility.
Disebabkan aku tak pakai Accessibility dalam desktop, maka, aku buang lah ia.
11. Slingshot App Launcher.
Application launcher ala – ala elementary os . Simple dan cepat.
12. Web Search Dialog.
Tekan Windows Button dan Space untuk keluarkan Search Mode, dan anda boleh Search benda alah dalam Internet via Google , Duck Duck Go, Yahoo, etc. Serious awesome dan sangat mudah.
13. Workspace Indicator.
Bagi tahu anda berada di Workspace yang mana satu, dan ia juga memudahkan kita untuk navigate dari satu workspace ke satu workspace dengan hanya tekan atau scroll dekat notification itu. Akan keluar dekat belah atas kanan.
Yes, itu lah sahaja senarainya.
Terima kasih.








blur sekejap..pelanjut? nasib ade translation.l
lol. dah google translate cakap gitu .haha